Friday, November 28, 2014

Ujian kehidupan...senyumlah.

Assalamualaikum.....


Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah.. sebab Allah pilih kita untuk Dia memberi teguran dan padam dosa-dosa kita. (:

Besar bukan nikmat tersebut? Senyum dan bersyukurlah...

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta.Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”        [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..



Allah bekalkan kita hati yang penuh dengan senyuman untuk kita terus tersenyum menghadapi dugaan, dalam masa yang sama Allah padam satu persatu dosa kita. Allah sentiasa sayang dengan kita.

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?

Atau Bagaimana?




Senyumlah. Gembiralah dengan Ujian Allah.


Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan

Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” [Surah Al-Israk:30]
Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita.

Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok; semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.

Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Ujian itu Penghapus Dosa kita. Alhamdulillah. 
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.

Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.

Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Firman Allah swt;
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].
Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.


Allah swt berfirman :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Jangan bersedih.. bersabarlah..


Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.


...wasalam... *senyum....

Thursday, November 27, 2014

Projek Akhir ( Tahun ke 3 )

Assalamualaikum...

Hari ni rasa nak kongsi satu lagi projek  masa zaman kanak-kanak belajar dulu-dulu. Projek ni kira-kira dah setahun yang lalu...da lama dah...huhu..  SEKADAR PERKONGSIAN CERITA

Ia dijalankan dan dah berjaya di 'present' di khalayak antarannya :
1. Pelajar-pelajar dan Pensyarah-pensyarah
( Pembentangan projek ini telah dilakukan satu tempat di mana ia merupakan kawasan tumpuan orang - di aras terbuka Cancelori Universiti ).
2. Panel Penilai ( Dr Khairul, Prof Dr Arshadi ).
3. Penilai Utama - Timbalan Dekan Fakulti ( Prf Dr. Mai )

Apa projeknya ?? :

SMART CURTAIN (Langsir Pintar)


Ni merupakan sebahagian keterangan apa itu SMART CURTAIN

Klik untuk lebih jelas (:

Mana bendanya??

Tadaaa...


Ni versi Lukisan Animasi 3D


Ni versi Original
( maaf tak cantik..haiss )

Ni adalah model PROTOTAIP ye adik-adik sekalian.... tapi fungsi dia dan cara kerjanya adalah sama...cuma ini dibuat dalam skala kecil...sebab senang nak dibawa dan dibentangkan di hadapan Panel.


Orait nak cerita pulak bahan-bahan DISEBALIK TABIR yang diperlukan untuk menggerakkan langsir secara automatik ni....


No. 1   Langsir Sliding....
Jenis boleh tolak ke kiri atau ke kanan..
p/s tak kesah jenis apa..net or sifon or apa sahaja jenis kain...


No. 2   Alatan Elektronik


Okeh tuan puan...ni la barang asas... BARANG ASAS yang perlu ada untuk hasilkan produk ni... 
1. Relay (Geganti)                                          
2. Driver Bord                                               
3. Power Window Motor                               
4. PIC 18F (yang banyak kaki tu)                   
5. SK40B/SK40C                                          
6. Bateri/Current Supply (tiada dalam gambar) 
7. Limit Suis (tiada dalam gambar)                   

**barang ni boleh dapat di pasaran..kedai elektonik.. atau beli je secara online kat internet..klik Cytron 


No. 3  Software (Perisian)
 *yang ni budak engineering biasanya tau... sebab dia ada melibatkan 'aturcara' sedikit sebab ada gunakan PIC18F.




Software yang diperlukan :

1. Proteus (penting) untuk muat turun arahan kepada PIC kita tu.

2. Autocad atau SketchUp (jika perlu) - untuk lakaran 3D. 
Benda ini bagi yang mahir dan untuk orang nak hasil yang teliti.




No. 4 Blok Cara Kerja Produk





Rasanya itulah yang boleh dikongsi.... mungkin ini hanya perkara asas yang diceritakan. Sebagai pencetus idea korang yang mungkin lebih bijak.  kalau nak buat projek ni bulat-bulat..MAAF dik, ia TELAH DIPATENKAN oleh saya.. jadi saya ada hak. Maka saya takboleh bagi bulat-bulat..Tapi kalau beritahu apa projek yang korang nak buat then apa yang related dengan projek ni... InsyaAllah saya boleh tolong...


P/s : Post projek sebelum ni.. minta maaf sangat2 sebab memang tak boleh replay sebab bahan projek dahulu filenya corrupted...dan tidak dapat saya buka... Minta maaf sangat2 sebab tak dapat nak tolong. ):

...wasalam....

Wednesday, November 26, 2014

Sahabat ...ketawa bersama..seketika.


Mungkin aku bukan sahabat kamu. Tapi mungkin aku cuma 'pekerja hati' atau 'orang suruhan' kepada kamu wahai 'medam/miss/whtever' yang dah bertahun-tahun. 
Kalau itu caranya ;
Aku 'letak jawatan'!

Gapo dio ni??entah la...

Monday, February 10, 2014

Perfume Body Shop dan solat :)

Assalamualaikum..

Korang mesti tau pasal barang-barang Body Shop bukan??bila sebut perfume ni mesti kebanyakkannya mesti berkaitan perempuan..memanglah kebanyakkan perempuan je yang pakai perfume jenama ni.. tapi jangan pelik kalau lelaki pon pakai jenama ni..contohnya aku...(tapi time masa nak solat je la).. sebab barang


Body Shop ni bau natural (bua-buahan) ! sangat tenang.

Jadi apa kaitan perfume dan solat??


Ok, sebenarnya harini nak berkongsi tips pasal bagaimana nak dapat solat yang khusuk dan berkualiti..try cubalah.. benda ni yang aku lakukan setiap kali nak solat .


1. Sebelum solat, aku pakailah perfume tak kisah lah bau apapon.. ( janji TAKDE alkohol atau TIDAK terlalu kerasa baunya).. biasanya pakai Body Shop atau OneDrop.. 

2.Semasa berdiri kat sejadah, bayangkan Baitullah (Kaabah) ada di hadapan.

3. Solat dengan tertib dan bayangkan Allah sedang 'observe' setiap kali kita sedang bersolat.

4. Semasa solat bayangkan kita jadi imam kepada isteri, anak, ibubapa atau mertua..
*dan kadang-kadang aku bayangkan yang aku sedang mengimami solat di Makkah (jadi kita akan solat dengan berhati-hati kerana takut solat tidak diterima)

5. Selepas solat doakan untuk Rasulullah dan orang yang tersayang (mcm aku doakan ibubapa dan orang2 aku sayang termasuk keluarganya sekali)


Selamat mencuba. Solat kita lambang peribadi kita :)


Sekadar perkongsian :)



Sunday, February 09, 2014

Tolong Hormat Raja Kami !!

Assalamualaikum..

Sedih tenguk apa yang jadi sekarang. Pasal bola nak kutuk, maki raja kami.  Macam-macam diorang kata yang tak baik pasal Tunku Mahkota Johor (TMJ)..bukan tu je.. dengan Sultan pon diorang cakap main hambur sedap mulut..

Kenapa orang Johor sangat menghormati TMJ?
Satu. Aku nak tanya, ada tak anak raja yang buat macam TMJ buat untuk negeri dia..apa dia buat?
~Anak raja mana yang hanya kerana pembangunan bola sepak sanggup menerima kritikan atau cacian dari penyokong tak matang seluruh negeri..tapi TMJ tetap sabar untuk menjadi pemimpin bola sepak Johor..
~Anak raja mana yang sanggup habiskan duit sendiri hanya kerana untuk melihat bola sepak Johor maju??

 

Setegas-tegas TMJ, baginda hormat orang tua


Hormat pada ibunda baginda

Pewaris Sultan mana yang sanggup duduk di kawasan ni semasa perlawanan bola berlangsung??




Baginda bukan anak raja yang duduk goyang kaki di istana


Sebab apa baginda Berjiwa Rakyat.. TMJ lahir dari keluarga yang...

Ayahanda TMJ (Sultan Johor).. senang dekati rakyat..malah di PASARAYA pon boleh jumpa dan bergambar dengan sultan.. dan di Johor benda ni biasa, sebab kita tahu Sultan kita memang sangat mendekati rakyat.

Ini pula nenda (atuk) TMJ.. almarhum ni sangat pemurah..setiap tahun buat open house.. bagi duit raya pada semua kanak-kanak yang datang...tak kiralah bangsa apapon.

  
Tidak hairan TMJ seorang yang tegas, sebab beliau merupakan seorang tentera dan keluarga yang mempunyai displin yang sangat kuat.  Jadi jika baginda membuat sesuatu mesti ada sebab!

Anak Raja


Tunku Mahkota Johor, we trust
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...