Sunday, December 25, 2011

Projek akhir semester 4..



Salam....jap2..nak story sikit...

Malaysia sebuah Negara yang berada di garisan Khatulistiwa. Maka, dengan itu,, Negara kita menerima cuaca panas dan lembap (hujan) sepanjang tahun. Ramalan cuaca sukar untuk diramal kerana cuaca di Negara kita panas dan hujan sahaja. Maka hujan boleh turun pada bila-bila masa tanpa dijangka.

Pada dewasa kini, ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kerjaya dan sibuk dengan tugasan di luar rumah seperti di tempat kerja atau pejabat. Ketika di rumah mereka masih perlu  melakukan aktiviti harian seperti membasuh pakaian. Mereka  perlu menjemur pakaian di luar rumah untuk memastikan baju terkena terikan cahaya matahari dan angin agar baju cepat kering dan tidak berbau hapak.  Pakaian mengambil masa yang agak panjang untuk kering sepenuhnya. Menjadi permasalahan di sini ialah apabila  hujan turun dan ketika itu pakaian berada di ampaian. Bagi isi rumah yang bekerja tentu perkara ini menjadi masalah kepada mereka.

Melihat dari permasalahan, maka kami membina projek ampaian automatik, iaitu ampaian dapat digerakkan secara automatik ke tempat teduh apabila hujan turun.  Ini berlaku dengan bantuan alat/sensor kawalan hujan yang terdapat pada ampaian tersebut. Kepekaan alat ini terhadap hujan mampu untuk menghidupkan suis motor bagi menarik pakaian ke tempat teduh.

Di samping itu kos pemasangan yang rendah menjadikan alat ini mampu dimiliki oleh setiap keluarga samada yang berpendapatan rendah atau sederhana.  Di samping itu pengguna tidak perlu risau jika berlaku kerosakan pada ampaian tersebut kerana bahan-bahannya amat mudah didapati di pasaran dan pengguuna mampu untuk membaiki sendiri kerana ia hanya melibatkan litar yang mudah sahaja.

Dari segi ruang pula penggunaan ampaian ini dapat menjimatkan ruang kerana kedudukannya boleh diubahsuai mengikut kesesuaian ruang.  Model ini boleh diubahsuai untuk menjimatkan ruang. Prototaip yang ditunjukkan ini hanya merupakan satu model pilihan saja.  Untuk masa depan ia boleh dimajukan lagi dari segi rekabentuknya.




So, inilah projek semester ini untuk subjek Teknologi Robotik..



comel..siap ada pakaian kt ampaian tu...


Bila ampaian tu masuk anjung..automatik lampu hidup..

Pandangan hadapan

Pandangan sisi



Kami guna bord SK40C..tau x ape tu??tanya si hensem


Nah..sedikit bebelan...



Ni la board SK40C

Adapter/Plug

Motosikal  Motor/Enjin DC 12 V 


Boleh ditanggalkan dan dilipat..

Yang ni sensor hujan..






Dah, tu jela kot...wasalam..






Saturday, December 03, 2011

Pengalaman itu amat berharga...

Salam...rasanya da sebulan kot x update blog..sekali masuk rasa macam tong sampah je blog ni..Sebenarnya da xde feel pulak nak berbelog2 ni..tp tiba dapat seru nak tuls sikit kt blog ni..hope timbul minat nak catat dan kongsi2 cerita sepanjang aku menjadi manusia yang masih bernyawa di muka bumi ini.

Harini nak bercerita tentang bulan  pengalaman baru. Semalam pagi2 buta aku dah mandi, mesej orang itu orang ini sebab nak ponteng kelas taekwando..sebab nak pergi ke U kt KL ada perlawanan robot peringkat Universiti..(first time aku skip kelas~sayang kot nak skip *lg2 ada ramai gurl comel kt kelas taekwando aku.mission nak ngorat sorang dua untuk dijadikan skandal berdaftar tetap teguh di dalam hati.hehehe).. Dengan semangat aku terkedek-kedek la pergi ke Lab sebab kawan da call nak bagitau yang bas kitorang da sampai..dia tggu aku..sambil berlari, meloncat cam orang sewel kawan ckp ko da mcm artis.. why dear??huhu..sebab semua pkai baju sama waktu dengannya aku pulak pkai ikot suke hati..ala, okeh what..kang aku separuh bogel baru tau..hahaha..*diorang pkai tshirt robot.aku pulak pkai baju ke konsert rock metal.hahahaha

Bas pon bergerak..samai di satu tempat iaitu Serdang aku nampak satu kawasan yang tersangat la luas mata memandang.da tau ni mesti UPM Serdang..pehh, luas gila U ni..U aku xseluas ni..menyesal x apply UPM dulu..tapi mujur U aku memahami..kitorang ada satu lagi kampus baru yang teramatlah luas dan cantik..masuk pkai flyover..di pintu Utama.

Pastu bas terus ke Uniten..besar jugak U ni..gurl2 comel pon ramai..hahaha..sampai je kitorang teru turunkan barang dan masuk terus ke dewan. Selepas diberi tempat, dan makanan, kitorang terus masuk untuk briefing robot2...

Thanks a lot sebab beri aku kepercayaan untuk jadi Robot Controller untuk Game Soccer Robot..masuk je kat field..pehh seram tu wei..da la tgh2 gynasium..semua orang tenguk..dewan tu besar bergema suara...pastu ada awek plak dok snap2..gemuruh, nak melompat, guling kt lantai semua dapat dirasai..dan Alhamdulillah  aku berjaya juga jd penjaring tunggal perlawanan tu...bangga la sikit..haha..


saya suka control robot.tp xsuke  dicontrol..;)


saya participant *seram



 itu saya..!!haha






kami la juara milo..




Datuk "S" mengurat  student UNITEN...kahkahkah!!



Dah2..tu je la..bubye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...