Tuesday, August 30, 2011

Ramadhan dan Syawal akan membuka lembaran baru...

Salam, Selamat hari Raya Eid semua. Alhamdulillah, selamat sudah kita semua berpuasa selama sebulan.kini menyambut hari kemenangan.Sekejap je kan masa berlalu. Baru semalam Ramadhan meninggalkan kita tapi kita dah rindu sangat pada Ramadhan. Entah boleh jumpa lagi atau tidak.

Ramadhan dan Syawal kali amat bermakna bagi aku. Banyak benda yang menjadi iktibar dan pengajaran sepanjang sebulan di dalam madrasah yg bernama Ramadhan.

Dia awal Ramadhan kita mungkin hanya sibuk rasa puasa itu hanya teruji bila kita terasa perut berbunyi dek kelaparan dan kehausan. Mungkin di pertengahan Ramadhan  kita sibuk memikirkan juadah tersedap mengisi perut kita. Dan mungkin di akhir Ramadhan kita sibuk memikirkan persiapan terbaik untuk menyambut hari lebaran..

Tapi ramadhan kali ini benar-benar memberi aku iktibar dan pengajan tentang sesuatu yang ada pada semua hati manusi iaitu nafsu dan amarah. 

Peristiwa demi peristiwa, dugaan demi dugaan yg aku lalui pada Ramadhan kali ini. Benar kata Allah.Setiap yg berlaku itu pasti ada hikmah. aku benar-benar menyesal pada setiap kesalahan yg aku lakukan pada masa-masa itu mahupun lalu. 

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin

p/s: benar-benar mahu berubah...buang perasaan marah, baran, malu (dan semua yg negatif)..mohon maaf dosa-dosa saya selama ini.promise x buat lagi ;)



Saturday, August 27, 2011

Makin tunduk..makin orang pijak kepala kita..

Salam, ..macmni la dunia zaman sekarang. Kalau hidup lurus bendul ramai yg ambik kesempatan. Kalau kita diam ada orang makin suka mengata, kalau kita mengalah ada orang melonjak suka, kalau kita bahagia, ada je yang hasad..Tapi kalau kita merendah diri??pura2 pengor??pura2 sengal mcm aku ni..agak orang buat apa kt aku??jawapannya orang pijak kepala kita!!.. Dari kecik memang sikap aku x suka merendah diri pada orang. 1st aku memang xboleh tengok orang yg aku sayang kurang dari aku.  Aku ni jenis x kesah orang nak cakap aku ni skema ke, buta fesyen ke, kemproh ke,.. tu sume aku x kesah.. Hahh, lg satu perangai aku..jenjeenngg!! aku suka berahsia.. Rasanya kalau satu rahsia aku jual singgit. boleh kaya aku..haha..

Cakap pasal merendah diri ni kan..yela, orang macam aku ni nampak macam orang sakai, macam orang xde masa depan kot..haha..tu yang orang dari sedarah sendiri pon suka kutuk2.ZZaapp!!sentap!! . Sombong amat sih ini orang. Tapi kali ni punya sentap memang makan dalam. Dalam hati ni sampai cakap. eleh.. ko igt ko bagus sangat.selama ni aku diam bodoh. ko pijak2 aku ngan keluarga aku ea.nanti aku tunjuk siapa aku.orang yg ko anggap budak hingusan kan..

p/s: jangan lawan melalui mulut.tp just show off siapa kita.biarlah orang nak cakap kita belagak ke apa ke.lantak!.diri kita.




Monday, August 22, 2011

Online downloader software for newbies user..

Salam, semalam makcik aku talipon bertanyakan tentang software downloader kt laptop dia. Masalah yg dia hadapi ialah software download yg dia tiba2 expired dan x boleh 'meng' download lg..sedangkan dia dah guna software tu selama 3 tahun. Untuk mengenalpasti masalah ni..

Kita perlu tau software atau games yg tersedia install di PC atau laptop kadang2 hanya sementara atau trial. Diorang (syarikat pengeluar) bg kita cuba-cuba guna
software tu..bila dah syok guna..tiba-tiba da xleh guna atau 'expired..pastu dia suruh kita purchase atau beli software tu..biasalah orang berniaga.

Bagi software trial terdapat dua jenis..satu menggunakan masa atau trial time dan satu lagi guna kekerapan..Yg guna masa tu biasanya dia bg tempoh guna 30 hari..even kita x guna software tu pon, trial time tetap berjalan. Yg satu lagi guna kekerapan..yg ni dia kira bg peluang beberapa kali kita guna atau bukak software tu..contohnya, dia bg kita guna software tu 100 kali..so mean that, limitnya 100 kai guna..selagi kita x guna atau bukak software tu sampai 100 kali selagi tu benda tu x 'expired'..

Berbalik masalah makcik aku ni. software yg dia pakai tu guna trial time. Sampai limit dah x leh bukak.even dia dah pkai 3 tahun.

So, muksu this for u!!link untuk dapatkan online downloader yg infiniti *freeware punya..

Muksu just klik ni atau

Lepas tu..ikot je arahan seterusnya untuk install...

Da istall macamana nak download??mudah saje..setiap kali bukak video secara online internet seperti Youtube dan sbgainya..ada butang get i!..just klik itu saje..

like this

Sunday, August 21, 2011

hmmm.. ; (

sad emo guy

Masa Kecik-kecik yg menggumbirakan..

Salam..pantas betul masa berlalu..hm..Cik Doreamon..bg pinjam mesin masa..hantar ke masa muda2 saya..haha

Jap2...

tada!!pic da renyuk2...

sedia untuk berlumba

hobi masa kecik..kembungkan pipi sambil tangan masuk dalam poket ^_^


Friday, August 19, 2011

Tauhu bakar mak Kamal yg superb...haha


Salam..td ke bazar Ramadhan bersama scandal2 kesayangn..huhu..arini nk buka
tauhu bakar mak Kamal..tauhu paling hangat kt Yong Peng ni..memang best tauhu bakar dia..sebelum berniaga di bazar ramadhan tauhu ni boleh didapati di taman Kota depan Kedai Far Kee...nak tau best ke x tauhu bakar mak Kamal..
try la..memang sedap!!...*Kamal = kawan aku dari sekolah menengah lg..'Kamal mak ko memang pro buat tauhu bakar'..


mengancam!!

hahaha...x terkata

Thursday, August 11, 2011

Indahnya syurga..


Salam...itu baru syurga dunia.nikmat yang aku dapat rasakan walaupon aku belum jejak kaki di tempat itu Allahuakbar..sayu sangat..xterungkap dengan kata2 keindahan Islam yg suci..iaitu Mekkah al-Mukarramah. Malam tadi aku tepat pukul 1 pagi aku dah tuggu depan tv. Tujuan untuk melihat Solat Isyak dan Tarawih Siaran Langsung dari Mekah..Pukul 1.30 masih rancangan lain..sehingga pukul 2..akhirnya Lintas Langsung tersebut start..


Bermula dengan azan..Sheikh Ahmad Ali..muazin Makkah..siaran tersebut memaparkan setiap sudut Masjid yg aku rasa umpama syurga dunia..terlalu indah, cantik..Setiap kali melihatnya, aku berdoa agar aku dapat bawa keluarga ku ke sana suatu hari nanti..Aku juga redha jika meninggal di sana..

Bertambah teruja melihat imam yg memimpin solat yg berjuta-juta jemaah di belakangnya..Kagum!!besar tanggungjawab dia..mesti dia seorang yang tinggi ilmunya..kalaulah aku jadi sepertinya..insyaAllah.doakan..Di Makkah, solat terawih lakukan 20 rakaat..sama seperti di tempat kita..sebelum masuk rakaat ke 12..dia akan bertukar imam..dan of coz kalau di masjid tempat aku pon diimamkan oleh tahfiz..di Makkah mesti diimamkan oleh Tahfiz yg hebat dari segi bacaan tajwid dan kemerduan suaranya...

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah..aku berniat nak bukak Quran dan cuba mencari surah yang di baca imam ketika itu..tiba2 aku buka pada Surah dan ayat yg betul!..Tujuan aku untuk belajar tajwid dan pada masa
yang sama mendengar sambil mengiku bacaan..Pada malam ke sebelas mereka telah sampai ke surah 14 dan 15..iaitu Surah Ar-Ra'd dan Surah Ibrahim..merdu, tiada kesalahan, atau mahupon kesilapan yg dibacakan oleh imam tersebut..Malam tu imam tu teresak2 membaca Surah..Aku tahu pasti dia faham maksud surah yg beliau baca..dan beliau syahdu sebak..Tiba2 terdetik dalam hati nak menghafaz al-Quran..jika x dapat hafal semua, dapat suku atau separuh pon..xpe...tp mampukah aku..InsyaAllah..aku pasang cita2 untuk menjadi imam solat tarawih di kampung
aku suatu hari nanti ..kalau boleh aku nak jd imam tarawih penuh dengan khatam Quran dalam tarawih tersebut. Ya Allah permudahkan jalan utuk aku capai cita2 aku ini..Aminn..

Satu lagi yang aku semangat dan suka sangat tengok imam Makkah ialah..pakaian imam..Jubah..Cantik sangat3.. Aku nak sangat pakai macam tu ketika solat.kalau ada ramai yang pakai macam tu kt Malaysia ni ketika besolat..aku jugak akan pakai..



Labbaikallah..Labbaikallah..Labbaikallah..akhirnya pukul 4 pagi baru aku matikan tv...

Wednesday, August 10, 2011

muhasabah!!

Kalau ada sape2 tanya..aku ni orangnya macam mana..mesti yang korang terpikir..seorang yang kurus macam x cukup makan, pakaian asek sama je, berjerawat, pemalu, pendiam, x reti nak berfesyen* kuno la kot, garang, bengis kn???okeh, aku terima dan sedar terima dengan hati terbuka...macam ni delema yg aku hadapi hari2..stress tu jgn cerita la..tp aku redha dah Tuhan cipta aku macam ni.. TAPI!! redha x semestinya terima bulat2 pastu takde usaha..redha itu sebenarnya adalah ikhtiar..

Mula2 sekali nak cerita pasal pemalu, pendiam, garang, bengis dan perkara2 yg difikirkan negatif bagai yg sesuai dengan aku....terus terang..aku sentiasa meng-upgrade-kan diri aku..tp banyak lagi yang aku perlu ubah dalam diri aku..Alhamdulillah, skang aku x pemarah lagi, aku x berdendam, dan aku sentiasa memaafkan..semua tu aku da boleh kawal dan rasa sikap2 tu pon da hilang dari diri aku...ni nak story, compare dengan masa zaman jahiliyyah aku dulu..sekarang ni aku ada la perubahan...kalau dulu aku memang anti-perempuan..bg la perempuan cantik mana..sikit pon aku x heran..Tapi sekarang aku ramai kot kawan perempuan..nak ber girlfriend2 ni belom masa nya lagi kot. Entahlah, sekarang ni aku x de mood lah nak bercinta2 monyet. Bukan sebab kecewa atau xlaku..haha..cuba korang pikir, belajar pon belom abes lagi, kewangan tetap belom ada,..da la bercinta2 monyet zaman sekarang ni pon perlu modal..huhh, tp even aku orang kaya pon aku tanak pikir pasal cinta.. Aku ni jenis manusia sedar diri.

Anak sulong dari 4 beradik..besar tanggungjawab aku..dua orang masih bersekolah..aku x de abang atau kakak yang boleh bantu family aku..semua tu tertanggung di bahu kurus aku..siapa aku tanpa mereka. Hidup aku untuk kebahagiaan mereka. Biar aku x bergaya, biar aku susah sekarang demi mereka..


Allahumma Lakasumtu wa bika Ammantu..

Salam..selamat berbuka..baru2 ni balik kampung..oh, di Yong Peng..jauhnya.haha. Berbuka puasa di rumah satu2 atuk aku yang masih ada..atuk Ning Baizura..eh, silap!! Ning bte Alif..Buka beramai-ramai dengan Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Cik, Mak Cik, (Pak Andak, Mak Andak )*ayah dan mak aku.., Pak Tam, Pak Usu, Mak Usu..sepupu sepapat, anak sedara..oh, lupa..Atuk tercinta..

Meriah!!

Lepas je berbuka..sekeluarga pon lepak2, sembang2..pastu pergi terawih ramai2..pastu ada sesi berbuka kali kedua..hehe..supper..selepas kenyang perlu bersenam..malam tu kononnya main futsal..tapi hampeh..kol 12 mlm gelanggang da tutup..oh, terharu betul..kecewa kami seketurunan...

Tuesday, August 09, 2011


At nite

At nite I lay and think of u hoping my wishes and dreams come true
At nite I wonder can this be the end is this all that's left
At nite I wish we could go to the way things were
At nite I lay and cry about the things that happened and how it all ended
At nite I lay and think of us, I mean you and I
At nite I realize there's no more us
At nite I dream of us together again
At nite I wish for us to be together again

But in the morning I realize it was all

At Nite

Wednesday, August 03, 2011

berita baik bagi pembaca novel tegar...

Salam, semenjak dua menjak ni aku da gila baca novel dekat handset.. sebab mudah nak baca, pastu xpayah nak tanda2, nak selak2, yg paling best xpayah nak beli..dan lebih menarik lg benda ni merupakan ubat tido yg paling mujarab bg sape yg insomnia..caranya..baca ketika nak tido..xsampai 5 minit korang dah masuk dalam cerita novel tu!!haha..so, aku rasa kepada pembaca novel tegar, ni aku nak kongsi lah link2 novel mobile kpd korang...

Cara nak masukkan dalam phone senang jek..korang klik je kt link ni *ikot pilihan korang..dan dia automatik download kt lappy korang..jangan risau dia xde virus..download pon just 10 saat je!!pastu korang masukkan ke dalam phone korang...melalui bluetooth...mudahkan??..selamat mencuba...

Just klik novel mana yg korang nak..

Winter's Sh...




Playing Hurt




Chalice




The Map of Time



Diary of a Wimp...





Sumber : Mobile 9

Ada macam2 lagi tajuk novel yg korang nak..just bagi tajuk je. Entry akan datang upload games plak..korang just bagi tau jenis handset korang model apa...ikot pada permintaan la ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...