Sunday, June 26, 2011

Alhamdulillah..saya bersyukur lahir di negeri Johor..

Salam..pendidikan yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor...untuk dunia dan akhirat..


Walaupun dah lama aku menamatkan pengajian darjah khas di Johor..alhamdulillah, result pon boleh tahan..selepas je abes belajar di UPSI..sementara tggu posting..insyaAllah, aku nak try mintak kerja di sekolah agama dengan menggunakan sijil agama aku..xkesahla kerja part time or sementara..tapi aku akan cuba berbakti dan mengajar anak2 Johor agama..xkesah lah ajar subjek Tauhid, Ibadat, Al-Quran, Muamalah, Munakahat, Jenayat, Sirah, Tafsir, Bahasa Arab dan sebagainya..even ajar Alif, Ba, Ta kepada budak darjah satu pon xpe..janji aku dapat berbakti dan menyampaikan ilmu agama Islam..dulu masa darjah Khas aku belajar 9 subjek..dpt ajar satu subjek agama pon aku da bersyukur...lebih banyak lagi bagus..aku xkesah walaupun gaji guru agama orang cakap sedikit..bg aku..mengajar agama ni Allah bagi gaji paling besar dan berkat..iaitu pahala..

Bagi sesiapa nak tau apa itu Darjah Khas Agama di Johor..baca ruangan ni.... 


Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Pengajian peringkat Darjah Khas Agama di Johor disediakan kepada lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Melayu agar mudah difahami. Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah pelengkap kepada program pendidikan agama di peringkat menengah yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.

~anak jati Johor~

Arrghh..kenapa payah sangat ni....

Salam..hmm...belum start nak belek novel english aku dah tertido..itu belum lagi nk translate suruh faham...adoii, macamana la nak pandai..

macam-macam cara aku buat nak belajar English masa sekolah dulu..siap hafal kamus...sehari 5 word baru aku hafal..seminggu 35 word..nak khatam sebiji kamus..haha, sampai aku abes sekolah pon aku x hafal-hafal..

sekarang ni kena hafal jugak..wajib..nak beli Besta tapi macam x perlu kot..teacher2 aku pon guna benda alah Besta tu..boleh jek jadi cikgu English..so...xperlu kot beli benda alah tu...tp macam mana aku nk belajar dengan sikap aku yg kadang2 malas kadang rajin ni...


bila la aku nak pandai bahasa orang putih ni

For me,..Bagi aku..English ni bukan la bahasa penjajah...orang yang malas belajar English je ckp ni bahasa penjajah...der, ni bahasa antarabangsa..kalau korang pandai speaking..ko boleh pegi mana2 je sudut dunia ni..ko xkan mati kesepian..sebab korang boleh komunikasi dengan sape2 jek..

Memang tu bahasa diorang tapi seluruh dunia dah iktiraf tu bahasa antabangsa sebab mereka yang mentadbir dan mengusai pasaran perniagaan dan ekonomi dunia...so, apa kaitan ekonomi dengan bahasa antarabangsa atau English...xkan Malaysia berdagang dengan Pak Afrika kena ckap bahasa kita dan diorang guna bahasa diorang...silap2 kita xpaham ape dia ckp..yg kita pulak terkial2 cari kamus bahasa Afrika untuk paham apa yg diorang cakap..memang kat negara kita ramai penterjemah..tp kt dunia ni ada bermacam-macam jenis bahasa..so..kn molek semua belajar satu bahasa yang membolehkan seluruh manusia berkomunikasi sesama mereka walaupun berbeza latar bahasa...

Eh, aku da lari dari tajuk ni..Takpe teruskan.....

 Bahasa Inggeris bukanlah bahasa antarabangsa buat selama2nya..sebab.. MUNGKIN, bahasa antarabangsa akan  berubah kepada bahasa Cina , India dan Arab..

nak tau sebab apa??

Negara-negara ni mempunyai kuasa besar dan sedang rancak ekonomi mereka..dan mereka hampir menguasai ekonomi dunia..sebab tu diorang selamba je bila berdagang atau melabur di Malaysia diorang ckp bahasa diorang dan kita cakap bahasa kita..sebab mereka mempunyai kuasa dalam ekonomi..dan sebab itu juga pendidikan..budak sekolah rendah perlu belajar Bahasa Arab atau Bahasa Mandarin, atau Bahasa Tamil mengikut minat masing-masing..satu langkah yang amat bijak yang dibuat kerajaan..kerana mereka ini yang bakal mengambil alih tampuk pemenrintahan negara..so, mereka perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan...

Buat masa ni kita hidup di zaman yang memerlukan kita belajar dan tahu yang bahasa Inggeris adalah bahasa yang kedua penting selepas bahasa Malaysia kita..sebab tu nk jadi cikgu kena ada TesL..di mana Bahasa Inggris adalah bahasa kedua terpenting selepas Bahasa Malaysia utnuk mereka mendidik dan mengajar bahasa ini..

Sebab tu aku perlu belajar dan mahir walau sesukar mana.Salam..

Entry ni aku tulis sendiri. Tidak ciplak mana-mana.ok!

Thursday, June 09, 2011

Si sibet yang degil datang lagi..

Salam..semalam..tengah dok syok2 layan drama kt ruang tamu..adik aku bgtau dia nampak tangan menyelak langsir dari luar...rupa-rupanya dengan tidak memberi salam, ada makhluk berkuku panjang dan berbulu lebat menjongolkan kepala beliau dari luar...aarrhh..si sibet mak yeh gatang lagi..kali ni si sibet makyeh lebih drastik dari semalam sampai berani menjengah lalu langsir malahan masuk ke rumah...peehh..mahu x histeria orang dalam rumah..kalau yang selak langsir tu lisa surihani mybe aku pon ikot histeria..ni menatang haram mana tah...siap masuk rumah lagi..adik dan sepupu mak aku kurung dalam bilik..dorang nanges dah tahap macam kanak2 tebusan...mana x seram..eerr...cinabeng punya monyet...


tempayan tu memang  'port' wajib si makyeh bila berkunjung ke rumah aku



"lagi sekali kau datang..aku sumbat ko dalam tempayan tu"

video


video

...detik-detik cemas yang dapat dirakam oleh kamera amateur selepas sibet makyeh berjaya diperhambat keluar..

Monday, June 06, 2011

Rumahku dimasuki penceroboh...

Salam, ni nk story satu cerita lucu dan menyeramkan..haha..tgh aku dok sedap2 tido, tibe2 mak kejut..mak ckp.."si kacak cepat bangun dia nk masuk rumah...cepat bangun!!"..aku seperti superman dgn pantas bangun meninggalkan dunia tilam dan terus meluru kt cermin depan rumah..nak tengok sapekah gerangan makhluk yg berani sgt ceroboh rumah aku pagi hari..dengan berani campur takut-takut aku pon selak langsir rumah..melihat lokasi kejadian seperti diberitahu mak..suspek berada di tempat letak kereta...untuk mempertahankan diri aku membawa sebuah telefon bimbit utk "menembak" wajah suspek...dan ini hasil gambarnya...


..si primat..siap buat posing kt atas kete lagi..ggrrr!!!




 

malah menjilat2..grrrr!!!




primat yang bajet macho

Canon Terbaikk!!haha

Gambar 2.3 GIGAPIXEL - In Vide


Burj Dubai

Kamera korang maybe paling power pun 13 megapixel. Apa jadi bila gambar diambil dengan kamera 2.3 GIGAPIXEL?

Jawapannya terlalu besat untuk paste dalam blog ni. But never fear...... dalam video ni kita boleh tengok betapa detailnya gambar 2.3 Gigapixel. Zoom in zoom out macam CSIpulak.

FACTOID

  • Dibuat dengan stiching 381 gambar menjadi satu
  • Total size satu gambar ni 12.7 GB!



Diambil dengan Canon 5D MKII

Sunday, June 05, 2011

Jurufoto ke Jurupasal..

Salam..ari sabtu yg sejuk dan nyaman..tiba2 mak ajak g BP nak makan malam..katanya nak belanja makan satay..so, masa tgh kemamau tggu makanan kitorg pon suruhlah my sis amek gambar dan.......


dan nilah hasilnya....gunda gulana dan gelap gulita..mood apa dia guna aku pon xtau..yg best mak aku pon xpndg kamera..sebb dia tau my sis xreti amek gambar??tp der..dia amek gambar pokok, haiwan, mahupun pemandangan smart..


contohnya...

Bila malam jadi siang..siang jadi malam



inilah kesan orang yang tido lewat setiap hari..huh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...