Salam....jap2..nak story sikit...
Malaysia sebuah Negara yang berada di garisan Khatulistiwa. Maka, dengan itu,, Negara kita menerima cuaca panas dan lembap (hujan) sepanjang tahun. Ramalan cuaca sukar untuk diramal kerana cuaca di Negara kita panas dan hujan sahaja. Maka hujan boleh turun pada bila-bila masa tanpa dijangka.
Pada dewasa kini, ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kerjaya dan sibuk dengan tugasan di luar rumah seperti di tempat kerja atau pejabat. Ketika di rumah mereka masih perlu melakukan aktiviti harian seperti membasuh pakaian. Mereka perlu menjemur pakaian di luar rumah untuk memastikan baju terkena terikan cahaya matahari dan angin agar baju cepat kering dan tidak berbau hapak. Pakaian mengambil masa yang agak panjang untuk kering sepenuhnya. Menjadi permasalahan di sini ialah apabila hujan turun dan ketika itu pakaian berada di ampaian. Bagi isi rumah yang bekerja tentu perkara ini menjadi masalah kepada mereka.
Melihat dari permasalahan, maka kami membina projek ampaian automatik, iaitu ampaian dapat digerakkan secara automatik ke tempat teduh apabila hujan turun. Ini berlaku dengan bantuan alat/sensor kawalan hujan yang terdapat pada ampaian tersebut. Kepekaan alat ini terhadap hujan mampu untuk menghidupkan suis motor bagi menarik pakaian ke tempat teduh.
Di samping itu kos pemasangan yang rendah menjadikan alat ini mampu dimiliki oleh setiap keluarga samada yang berpendapatan rendah atau sederhana. Di samping itu pengguna tidak perlu risau jika berlaku kerosakan pada ampaian tersebut kerana bahan-bahannya amat mudah didapati di pasaran dan pengguuna mampu untuk membaiki sendiri kerana ia hanya melibatkan litar yang mudah sahaja.
Dari segi ruang pula penggunaan ampaian ini dapat menjimatkan ruang kerana kedudukannya boleh diubahsuai mengikut kesesuaian ruang. Model ini boleh diubahsuai untuk menjimatkan ruang. Prototaip yang ditunjukkan ini hanya merupakan satu model pilihan saja. Untuk masa depan ia boleh dimajukan lagi dari segi rekabentuknya.
So, inilah projek semester ini untuk subjek Teknologi Robotik..
comel..siap ada pakaian kt ampaian tu...
Bila ampaian tu masuk anjung..automatik lampu hidup..
Pandangan hadapan
Pandangan sisi
Kami guna bord SK40C..tau x ape tu??tanya si hensem
Nah..sedikit bebelan...
Ni la board SK40C
Adapter/Plug

Motosikal Motor/Enjin DC 12 V
Boleh ditanggalkan dan dilipat..
Yang ni sensor hujan..
Dah, tu jela kot...wasalam..